Tuesday 12 February 2013

Luahan Anak Kecil

Assalamualaikum

Saat aku tampil ke dunia hari ini,
Aku merasakan suatu kepelikan,
Ya,sangat berbeza dengan yang asal,
Keanehan dunia realiti dengan perkara 
yang aku pelajari.

Bukankah dalam kitab ada memberi 
garis panduan tentang aurat?
Petunjuk yang jelas disamping penerangan
lanjut daripada sumber lain.
Tetapi apa yang aku lihat hari ini
jauh berbeda.

Apakah puncanya? kefahaman? tiada pengawasan?
peraturan dunia?
Aku juga keliru dengan sebabnya berlaku 
seperti itu.

Sehingga aku merasa janggal dengan pakaian auratku,
Dek kerana menjadi golongan minoriti yang 
berpakaian seperti ini. 
Tetapi dengan izin Allah,
Berbekalkan iman dan taqwa,
Pastu kukekalkan cara berpakaian seperti ini.

Cuma aku kasihan melihat mereka sama ada
muslimin atau muslimat yang berpakaian
tidak menutup aurat.
Semoga Allah membuka hati aku dan mereka
supaya melakukan perubahan ke arah yang 
lebih sempurna.

Itu aspek aurat,
Pabila ku menjengah pada sisi lain,
Hampir lebih 50% yang ku boleh katakan,
Bahawa kehidupan muslim sekarang ini tidak 
menjalankan Islam secara syumul,
Sungguh, hatiku merintih lagi.
Apakah puncanya lagi? 
Sungguh,coretan ini tidak mencukupi
untuk menzahirkan isi hatiku. Sekian.

#ini adalah luahan hati dia. ana pun xmampu nak menafikan kebenarannya. hakikatnya memang seperti itu. sama2 pertingkatkn thaqafah,kefahaman,kesedaran,amal utk menidakkannya. wallahua'lam



No comments: