Sunday 31 March 2013

AN-NIDA'


 
AN-NIDA’


ADAB BERBICARA LAWAN JANTINA
 
1. Tidak memandang wajah atau bahagian tubuhnya tanpa keperluan. Pandangan ke bahagian badan akan menyebabkan timbul keinginan atau fikiran yang bukan-bukan.
  
2. Tidak melembutkan suara atau memanjangkan bicara yang tidak perlu. Sebaliknya ayat yang diucapkan haruslah padat, jelas dan dapat difahami tanpa perlu berjela-jela atau bersimpul bahasa.

3. Tidak berbicara ditempat yang sunyi, gelap dan ditempat yang peribadi seperti dalam bilik tidur atau dikawasan yang menimbulkan fitnah.

4. Jarak bercakap atau berbicara tidak terlalu dekat sehingga boleh menghidu bau badan atau wangian yang dipakai. Sebaik-baiknya jarak perbicaraan ialah sekadar yang membolehkan suara didengari.

5. Mengawal hati dan perasaan dengan meminta perlindungan Allah daripada kejahatan syaitan dan keburukan zina.

Jika kita tak mampu jaga diri dengan sekadar Iman maka perlengkapkan diri dengan ilmu, nikah dan persekitaran yang selamat sebagai langkah keselamatan.


TUTUP AURAT INSYAALLAH SELAMAT

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut dikepala.sekurang-kurangnya ada 4 perkara yang mesti ditutup dengan “tudung” 
                           
 1.Tudung pada wajah.Jangan sampai wajahnya sengaja mengundang fitnah                               
 2.Tudung pada mata.Jangan memandang lelaki lain selain mahramnya.         
 3.Tudung pada suara.Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat.   
 4.Tudung pada hati.Hatinya terpaut pada mengingati Allah.

“ Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataanya,kerana akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit”..(Surah al-Ahzab 33:32)


                                                                  Amirah Hazimah Zainuddin
       LAJNAH ARTIKEL
         BIRO PEMBANGUNAN INSAN
       JAKSA KOLEJ KEDIAMAN 1




Saturday 23 March 2013

2-1 = 1



Kehilangan salah seorang Imam Mujtahid di abad ini.Inilah kalam Syeikh Dr Ali Jum'ah , Mantan Mufti Mesir.


Syeikh Dr Ali Jum'ah pernah ditanya oleh anak muridnya berkenaan berapa ramaikah mujtahid yang masih hidup di dunia ini. Lantas Syeikh menjawab hanya dua orang iaitu yang pertama Al Allamah Syeikh Dr Yusuf Al Qardawi dan yang kedua Al Allamah Syeikh Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al Buti




 Sumber : Haniff Abu Talib

 

Tuesday 12 February 2013

Luahan Anak Kecil

Assalamualaikum

Saat aku tampil ke dunia hari ini,
Aku merasakan suatu kepelikan,
Ya,sangat berbeza dengan yang asal,
Keanehan dunia realiti dengan perkara 
yang aku pelajari.

Bukankah dalam kitab ada memberi 
garis panduan tentang aurat?
Petunjuk yang jelas disamping penerangan
lanjut daripada sumber lain.
Tetapi apa yang aku lihat hari ini
jauh berbeda.

Apakah puncanya? kefahaman? tiada pengawasan?
peraturan dunia?
Aku juga keliru dengan sebabnya berlaku 
seperti itu.

Sehingga aku merasa janggal dengan pakaian auratku,
Dek kerana menjadi golongan minoriti yang 
berpakaian seperti ini. 
Tetapi dengan izin Allah,
Berbekalkan iman dan taqwa,
Pastu kukekalkan cara berpakaian seperti ini.

Cuma aku kasihan melihat mereka sama ada
muslimin atau muslimat yang berpakaian
tidak menutup aurat.
Semoga Allah membuka hati aku dan mereka
supaya melakukan perubahan ke arah yang 
lebih sempurna.

Itu aspek aurat,
Pabila ku menjengah pada sisi lain,
Hampir lebih 50% yang ku boleh katakan,
Bahawa kehidupan muslim sekarang ini tidak 
menjalankan Islam secara syumul,
Sungguh, hatiku merintih lagi.
Apakah puncanya lagi? 
Sungguh,coretan ini tidak mencukupi
untuk menzahirkan isi hatiku. Sekian.

#ini adalah luahan hati dia. ana pun xmampu nak menafikan kebenarannya. hakikatnya memang seperti itu. sama2 pertingkatkn thaqafah,kefahaman,kesedaran,amal utk menidakkannya. wallahua'lam