Wednesday 30 November 2011

Hawa (episod 3)


                                                           Assalamualaikum.. 

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki yang warak tidak menilai melalui keayuannya..
Kemanjaannya serta kemampuannya menggoncangkan iman mereka. 

Tetapi Hawa,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya
Peribadinya dan ad-dinnya
Lelaki yang soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
Kerana dia takut member kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta sebabnya
Dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan
Oleh itu hawa..jagalah pandanganmu…jagalah pakaianmu..jagalah akhlakmu
Kuatkan pendirianmu.. 

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu
Cukuplah cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu
Biarlah hanya cinta kedua ibu-bapa yang member hangatan kebahagiaan buat dirimu
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu 

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperoleh cinta dari insane yang juga mencintai ALLAH
Cintailah kedua ibu-bapamu
Kerana kau akan memperolehi keredhaan ALLAH
Cintailah keluargamu
Kerana tiada cinta selain cinta keluarga 

Hawa,
Ingatanku yang terakhir
Biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia
Dalam mencapai keredhaan ilahi
Jangan sesekali tangan ini menggoncangkan keimanan kaum adam
Kerana aku sukar menerimanya dan aku membenci mendengarnya

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” 

No comments: