Assalamulaikum..
kat cni ana nk share psal hawa or wanita kat shabat2
sekalian especially for hawa..
bile bace je ayat2 ni..mmg terkesan la kat hati ni..
jadi kesedaran n keinsafan ni xnak dirasai seorang diri je..
sbb tu la ana nk share melalui post ni..ana harap ayat2 ni juge
bleh mnyentuh hati2 antunna/antum sekalian.
Wahai wanita..
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya?
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya?
Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai hawa...
sedarlah...
Tangan yang menggoncang buaian,boleh menggoncang dunia
Sedarlah hawa..
Kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat
Yakni yang soleh dan solehah
Kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia
Tapi hawa...
Jangan engkau sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu..dengan ayu wajahmu...dengan lengguk tubuhmu
Jangan kau menghentak-hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu
Jangan hawa..jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu
Kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH
Bahana! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan
Kerana wanita ialah jala syaitan
Alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dala menyesatkan kaum Adam
Hawa..
Andai engkau masih remaja
Jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibubapamu
Andai engkau sudah bersuami
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
Andai engaku seorang ibu
Didiklah anakmu hingga ia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din ALLAH
*tunggu lah sambungannya...wallahu'alam