AN-NIDA’
ADAB BERBICARA LAWAN JANTINA
1. Tidak memandang wajah atau bahagian tubuhnya tanpa keperluan. Pandangan ke bahagian badan akan menyebabkan timbul keinginan atau fikiran yang bukan-bukan.
2. Tidak melembutkan suara atau memanjangkan bicara yang tidak perlu. Sebaliknya ayat yang diucapkan haruslah padat, jelas dan dapat difahami tanpa perlu berjela-jela atau bersimpul bahasa.
3. Tidak berbicara ditempat yang sunyi, gelap dan ditempat yang peribadi seperti dalam bilik tidur atau dikawasan yang menimbulkan fitnah.
4. Jarak bercakap atau berbicara tidak terlalu dekat sehingga boleh menghidu bau badan atau wangian yang dipakai. Sebaik-baiknya jarak perbicaraan ialah sekadar yang membolehkan suara didengari.
5. Mengawal hati dan perasaan dengan meminta perlindungan Allah daripada kejahatan syaitan dan keburukan zina.
Jika kita tak mampu jaga diri dengan sekadar Iman maka perlengkapkan diri dengan ilmu, nikah dan persekitaran yang selamat sebagai langkah keselamatan.
TUTUP AURAT INSYAALLAH SELAMAT
Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut dikepala.sekurang-kurangnya ada 4 perkara yang mesti ditutup dengan “tudung”
1.Tudung pada wajah.Jangan sampai wajahnya sengaja mengundang fitnah
2.Tudung pada mata.Jangan memandang lelaki lain selain mahramnya.
3.Tudung pada suara.Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat.
4.Tudung pada hati.Hatinya terpaut pada mengingati Allah.
“ Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataanya,kerana akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit”..(Surah al-Ahzab 33:32)
LAJNAH ARTIKEL
BIRO PEMBANGUNAN INSAN
JAKSA KOLEJ KEDIAMAN 1